*ingin merancang keluarga tapi bosan dgn kaedah perancang keluarga moden yg menGEMUKkan? *bermasalah senggugut yang melampau setiap kali period??? *Anda bermasalah period tak normal/teratur?? *MAB..jawapan kpd permasalahan anda

Wednesday, December 2, 2009

ISI KANDUNGAN/ KOMPOSISI MAB

KOMPOSISI
Kacip Fatimah
Serapat
Senduduk
Inai
Madu
Manjakani
Habbatus Sauda/jintan hitam

huraian bahan & khasiatnya secara umum..
KACIP FATIMAH
  • - dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  • - dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
  • - dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
  • - dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
SERAPAT
  • -meningkatkan hormon estrogen
  • - Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
  • - Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
  • - Memperkemaskan saluran peranakan
  • - Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
  • - Memperbetulkan perjalanan haid
  • - Melegakan senggugut dan medu
  • -Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
  • - Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh
 SENDUDUK
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
  • - untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
  • - mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama
 INAI
  • - Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)
  • - untuk menghentikan pendarahan.
  • - Untuk luka bersalin dan pembedahan
  • - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
  • - Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin
 MADU
  • - Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
  • - Menghentikan batuk dengan cepat
  • - Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
  • - Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
  • - Menghentikan kesakitan sendi
  • - Baik untuk sistem pernafasan
  • - Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
  • - Membunuh kuman dan virus didalam darah
  • - Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
  • - Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
  • - Meningkatkan prestasi mental
  • - Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.
 MANJAKANI
  • - menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
  • - dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
  • - dapat mengurangkan lelehan mukus
  • - membantu menstabilkan hormon
  • - melancarkan darah dan memberi tenaga
  • - begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
  • - Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
  • - Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
  • - Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
  • - dapat menghilangkan jerawat
  • - amalan setiap hari dapat mengempiskan perut
 HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM
  • - Menguatkan sistem kekebalan tubuh
  • - Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
  • - Meningkatkan bioaktivitas hormon
  • - Menetralkan racun dalam tubuh,
  • - Mengatasi gangguan tidur dan stress,
  • - Anti histamin/anti alergi
  • - Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
  • - Melancarkan air susu ibu
  • - Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
  • - Anti tumor
  • - Nutrisi bagi manusia
  • - Anti Oksidan
  • - Anti infektif dan broncodialating
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SOALAN LAZIM MAB

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?
Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?


Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?
Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?
Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Betul ke MAB boleh menguruskan badan?
Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.

Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan.
Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.

Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.

MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”
Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB(petikan dr testimonial Jannah)

Salam,

Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa.Pengeluaran susu badan memang takde masalah.Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri tak sedar, orang lain yang perasan 


p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai sampai skrg.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah MAB ini mendapat kelulusan KKM?

Bukan tidak mahu mohon.Ini disebabkan beberapa sebab iaitu :
* 1.Jika pohon perlu ada kilang -
* 2.modal besar utk pembinaan kilang
* 3.melibatkan kos besar utk pekerja,bangunan dll
* 4.jaminan kualiti/pembersihan mab akan krng
* 5.Harga pati berganda-ganda tingi
* 6.Resepi akan di pattern oleh pihak lain( nnt hilang resepi turun temurun)
* 7. improvement dah di buat drpd gentel secara manual dah di buat dgn mesin….alhamdulillah.kita lbh memilih sbg prdk HOME MADE, dijamin KESUCIAN JUGA KUALITI…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sy dh mkn mab ni 3 botol..ikut peraturan spt yg ditetapkn..tujuan mkn utk family planning..

tapi start last month..iaitu dh hampir 1 bln..sy tak teruskn botol yg berikutnya..sbb baby sy naik ruam2..sbb dia still susu bdn..tapi dh stop mab ni pun ruam2 still ada lg..adakah kesan dr mab ni..maybe cuaca kot yg tlalu panas skrg..
>> berdasarkan pengalaman saya yang amik MAB+menyusukan baby,tiada masalah apa2...cuma kekdng bayi terkena ruam merah bukan disebabkan amalan pemakanan ibu makan maajun..byk sbbnya..maybe faktor cuaca..ini juga berlaku pd anak saya yg selalu alami ruam2 bila tiba musim panas...bukan sbb MAB 100% ye..
** banyakkan minum air masak.. insyaAllah ok


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
adakah sy boleh start bila2 je utk mkn mab semula..?sbb period sy mmg tak menentu dh sejak ambil injections utk family planning dulu sblm mkn mab ni..

>> Jika period tidak menentu..iye boleh amik MAB bila2 sahaja..dan pastikan lepas ni makan ikut aturan ye..walaupun ada simptom2 tertentu,semuanya hy sementara sahaja...Insya Allah apabila sudah lama makan akan dapat rasai kebaikkannya..so kalau boleh jgn stop tetiba2 ye...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kenapa perlu makan MAB sepanjang 21 hari tu? Kalau makan sebelum atau masa nak bersama jer tak boleh ke? Malas la nak makan hari2"

Ni dari pemahaman saya kenapa takleh skip mkn MAB ni selama 21 hari. Setiap dari kita , kitaran haid tak sama atau lebih kurang.. so penting kena tau kitaran period setiap bulan..
Utk pengetahuan, waktu yg paling subur mengikut pembacaan saya ialah 14 hari dari hari pertama next period, bukan dari period yg sebelumnya tau..
Cth : kalau 28 hari kitaran haid kita (dari 1st period ke next period = 28hari) maknanya hari yg plg subur ialah hari ke-14 (28-14 kalau kitaran 32, jd waktu subur adalah 32-14= hari ke-18) jadi susahkan nk tentukn bila waktu suburnya sbb nk kena tgu next period kekadang 31 kekadang 29 hari.
Jadi apa yg boleh buat ialah kita agak2 dlm range waktu seminggu tu je..
Dan perlu paham juga yg kita akan keluarkan telur utk disenyawakan pd waktu subur ini dan ia akan hidup selama 1 - 2 hari, manakala sperma pulak akan hidup sehingga 5 hari...jadi kita tak dpt nk pastikan bile sebenarnya telur itu akn betul2 disenyawakan..
Sebab itu ler kena mkn berterusan setiap hari pd waktu yg sama.. disebabkn juga satu biji MAB tahan dlm bdn utk tempoh 24jam, jadi bila time bersama je mkn dan esoknye tak mkn, besar kemungkinan katalah telur kita keluar pd hari esoknya... benih sperma masih ada lagi yg masih hidup.. maka akan berlaku la persenyawaan..
Sebaliknye kalau berterusan MAB diambil.. suhu panas dr MAB insyaallah akan menjamin ketidakselesaan pd proses persenyawaan ini berlaku walaupun selepas seminggu dari waktu subur tu.
Dia tak sama dgn pil2 yg mmg ada kena mkn setiap kali waktu bersama tu..maybe pil tu dibuat khusus utk terus menyekat telur kite dr keluar atau mematikan hormon kita disebabkan ianya ada bahan kimia. Manakala MAB kita dibuat dari herba2 semulajadi tiada campuran kimia, dlm masa yg sama ianya menyuburkan rahim dan hormon kita... jadi kalau tak mkn or skip seminggu peluang nk hamil mmg tinggi. ni berdasarkan penglaman customer2 saya yg terskip mkn selalunya sampai seminggu mmg akan lekat.. tapi kalu takat 2 hari tu lps tu mkn balik insyaallah selamat lagi..

No comments:

Post a Comment